Thursday, May 8, 2008

Aduhai Raja Petra

Menarik diperturunkan surat Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat terhadap Raja Petra. Beranggapan Raja Petra seorang yang kuat semangatnya untuk menghadapi 'kehidupan baru' di penjara, surat ini dihantar sebagai kata-kata semangat untuk Raja Petra menghadapi 'kehidupan baru' ini. Malangnya belum pun 3 hari menderita, beliau 'patah semangat' dan membayar jaminan supaya boleh hidup bebas.

Warkah Simpati dan Pengiktirafan
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Saya menerima berita mengenai nasib tuan yang dituduh dibawah Akta Hasutan 1948 dan kini ditahan reman dalam penjara Sg. Buloh sehingga kes disebut di mahkamah pada 6 Oktober 2008 dengan penuh kesedihan. Bagaimanapun, jauh di hati saya, saya masih terasa kagum kerana di sana masih ada seorang sehebat tuan yang cekal mempertahankan apa yang difikirkan benar.

Prinsip ini cukup selaras dengan dasar anutan Agama Islam kita yang sentiasa bertunjangkan amar makruf nahi mungkar. Ia kebetulan disebut juga oleh demokrasi dan turut diperuntukkan di dalam perlembagaan kita di bawah perkara kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat. Soal bersalah atau sebaliknya; maka terlanjur tuan telah dituduh di bawah Akta Hasutan, maka ia terpulanglah kepada proses keadilan di mahkamah yang selanjutnya.

Sewaktu Nabi Allah Yusuf 'alaihissalam dikurung oleh pihak berkuasa di zamannya kerana fitnah, Yusuf berkata, "wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh." Lantaran istiqomah Nabi Yusuf itu, Allah maqbulkan doa baginda lalu "menghindar Yusuf dari tipu daya mereka. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Petikan dari Surah Yusuf Ayat 33 dan 34).

Selaras dengan perkembangan ini, izinkan saya turut bersama mendoakan tuan agar sentiasa dipelihara kesihatan dan keselamatan oleh Allah SWT. Semoga yang benar itu akan terserlah jua walaupun harganya adalah pengorbanan. Selagi tuan benar dan kita semua benar di sisi Allah SWT, tuan dan kita pada amnya tidak perlu merasa khuatir. Mari kita terus tabah, bersama dengan perjuangan demi menegakkan yang hak dan menolak kebatilan.

Salam perjuangan. Wassalam.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan Merangkap Mursyidul Am PAS

Petualang di Tanah Melayu

Beberapa ketika setelah tamatnya PRU12, sebagaimana kadok menaiki junjung, umat Melayu diperlekehkan dengan cabaran demi cabaran oleh mereka yang jelas tidak meunjukkan kesetiaan kepada Perkara Kedua Rukun Negara Malaysia yang berbunyi: Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Ironinya, PKR dan PAS begitu senyap seolah merestui apa yang diperkatakan oleh 'Kapal Singah' yang cuba menyemarakkan api perkauman di kalangan rakyat. 'Kapal' yang membawa api ini adalah sebuah kapal yang baru dibaikpulih dan terkial-kial bergerak yang 'Singah' dari sebuah negara India. Terlupa atau teruja dengan sistem beraja yang telah dihapuskan di negara asal, cabaran ini dilihat oleh umat Melayu sebagai satu usaha untuk memperlekehkan Sistem Beraja yang menjadi tonggak kepada umat Melayu dinegara ini.

Bagaimana pula umat Melayu melihat cabaran ini? Sebagaimana biasa, ada yang begitu marah dan ada ahli Parlimen yang mengusulkan supaya membincangkan di Parlimen tindakan 'Kapal Singah' menderhaka kepada Raja Melayu. Namun, tidak adakah Pertubuhan Melayu atau Parti Politik Melayu yang mahu menggunakan teknologi DAP dan PAS untuk memulakan demonstrasi di depan kediaman penderhaka ini? Bertambah sedihnya melihat gelagat UMNO Perak yang cuba menunjukkan perasaan kecewa mereka di depan Istana! Elok bebenor jika UMNO Perak membawa umat Melayu Perak bertafakur di depan kediaman penderhaka ini. Jika Dato' Maharaja Lela sanggup membunuh penderhaka British kerana menghina Sultan, takkan UMNO Perak setakat mampu tunjuk perasaan saja. Itupun tunjuk perasaan di depan Istana. Mana perginya semangat kepahlawanan Dato Maharaja Lela yang mengalir ke darah cucu cicit umat Melayu Perak? Bukanlah niat teman nak suruh berbunuh tetapi setidaknya kejorlah penderhaka ini sampai ke rumah beliau.

Ironinya, sebagaimana kata Tun Mahathir, inilah arah haluan perjuangan DAP dan umat Melayu termasuk PAS boleh membayangkan apa akan jadi jika DAP memerintah negara ini. Selain dari berkehendakkan lebih banyak babi diternak di Tanah Melayu, setiap aspek yang bertuankan 'agenda rakyat' (atau lebih jelas agenda Malaysian Malaysia) sebagai ganti agenda Melayu akan dicuba dilaksanakan atas nama 'KeAdilan'. Walaupun PAS menyatakan Peristiwa 13 Mei sebagai polemik dalam politik, namun saya percaya Tanah Melayu akan menghadapi satu lagi Peristiwa 13 Mei jika penderhakaan dan kebiadapan tidak ditangani.

Mengambilkira sensitiviti umat Melayu di Tanah Melayu, elok sangat jika DAP mula mempelajari apa yang boleh diperkatakan dan apa yang tidak boleh diperkatakan.

Wednesday, May 7, 2008

Sukarnya Tan Sri Khalid Ibrahim

Diperturunkan disini artikel oleh Sdra Ab. Jalil Aboo Backer yang disiarkan dalam Utusan Malaysia baru-baru ini untuk tatapan pembaca.

SETELAH terhimpit dengan isu penternakan babi moden yang mahu dibuat tanpa melakukan kajian kesan alam sekitar dan persetujuan penduduk kampung Ladang Tumbuk, Kerajaan Negeri Selangor cuba mengalih kepada isu-isu di luar bidang kuasanya seperti isu Persatuan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis). Isu Balkis adalah isu persatuan yang sepatutnya diselesaikan oleh ahlinya. Sepanjang pengetahuan, belum ada isteri wakil rakyat pakatan pembangkang yang diterima menjadi ahli Balkis melalui mesyuarat agungnya. Jikapun isteri pemimpin pembangkang teringin benar ingin menguasai dana RM9.9 juta milik anak-anak tajaan Balkis, saya tidak fikir Tan Sri Khalid, Teresa Kok dan Exco Selangor yang lain perlu menumpukan kepada usaha ini. Tiada seorang pun antara mereka layak menyertai persatuan ini jika ia tidak dibubarkan.

Tan Sri Khalid sepatutnya menumpukan kepada usaha memenuhi janji pilihan raya umum lalu. Setelah menunda isu air percuma sebanyak 20 meter padu, saya ingin tahu bilakah cukai pintu akan dikurangkan? Saya sedar untuk memberi air percuma mungkin memerlukan sedikit masa untuk dibuat kajian dan mencari dana membiayainya. Namun ada janji yang lebih mudah dan perlu ditunaikan segera iaitu penurunan cukai pintu.

Dalam kempen pilihan raya lalu, PKR dan Pas berjanji akan menurunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus. Sehingga sekarang belum diumumkan penguatkuasaannya. Ini adalah janji paling mudah untuk ditunaikan kerana kerajaan tidak perlu mengeluarkan sesen pun daripada khazanah kerajaan negeri. Saya berharap apabila bil taksiran cukai pintu dikeluarkan nanti, ia akan menunjukkan potongan yang jelas sebanyak 20 peratus seperti yang dijanjikan.

Banyak lagi janji PKR-Pas Selangor yang belum ditunaikan. Apakah Tan Sri Khalid sekarang mempunyai begitu banyak masa untuk berbahas isu undang-undang persatuan berbanding melunaskan janji pilihan raya umum lalu? Atau ini sekadar agenda kerajaan negeri untuk mengalih perhatian rakyat daripada melihat corak pentadbiran dan janji-janji pilihan raya lalu?