Monday, March 31, 2008

April Fool Mr Sivasubramaniam

1 April setiap tahun lazimnya dianggap sebagai April Fool. Secara kebetulan atau mungkin disengajakan, Sivasubramaniam (ADUN DAP Perak) menjadi orang pertama merayakan April Fool ini. Sama ada beliau tak sengaja atau berniat mahu 'memperbodohkan' rakyat Perak atau mahu menuntut sesuatu, hanya beliau yang boleh menjawabnya. Dari perspektif minda, nampak Sivasubramaniam seorang yang strategis untuk menuntut sesuatu bagi kaumnya tetapi dalam masa yang sama, minda Melayu akan tertanya-tanya sejauhmana tuntutan India harus dipenuhi setelah mereka menolak kerajaan BN? Namun, dalam senario Perak, memandangkan kerajaan Perak ditadbirurus oleh PAS bersama rakan parti yang lain, sudah pasti kehendak Siva akan cuba dipenuhi. Nampaknya kehendak ini sudah pun terjawab bukan oleh kerajaan Perak tetapi oleh DAP apabila kaum India dijanjikan dengan jawatan Speaker seperti yang dilaporkan oleh akhbar Star.

Persoalan timbul tentang bagaimana pula janji ini diberikan oleh DAP sedangkan PAS yang memerintah kerajaan negeri Perak. Siapa sebenarnya yang memerintah dan siapa yang seharusnya mempunyai otoriti untuk memberi atau menolak? Kecelaruan ini bakal mengubah minda Melayu untuk memikirkan semula keberkesanan pentadbiran Perak dan jika tidak diurus dengan baik akan kelak menjadikan April Fool muncul berkali-kali walaupun lazimnya April Fool muncul setahun sekali.

Menarik untuk kita melihat pelbagai perubahan bakal berlaku dalam minda Melayu dan menarik juga bila kita dapati UMNO sudah gagal mengesan perubahan minda ini. Lebih menarik dihari seterusnya bila kita lihat bagaimana pihak pembangkang khususnya PAS, DAP dan PKR (agak rumit mendefinisikan pembangkang kerana UMNO juga pembangkang di Kelantan, Perak, P.Pinang, Kedah dan selangor) akan bertindak yang pastinya mencorakkan persepsi dan pemikiran rakyat khususnya orang-orang Melayu. April Fool pastinya akan mendatang lagi ....

2 comments:

Belia PARUJAS said...

tahniah dr, betul sangat apa yang dr cakap tu. tapi lembut sangat ayat dr ni. diaorang ni kena bagi ayat yang pedas2 baru diaorang nak dengar dan faham. kalau tak diaorang buat tak tahu je. pada pandangan saya la kan, rakyat perak tak boleh disalahkan 100%. pemimpin yang patut kita "tangkap" dulu. kita buat kerja macam nak mampus kat bawah ni, diaorang kat atas tu senang lenang buat keputusan yang tah apa2 tah. betul tak apa yang saya cakap ni.

man melaka was here.

Han said...

Tahniah dan syabas Dr. Mad diatas komentar yang menarik dan patut dibaca oleh setiap orang.

Idea - idea Dr. sememangnya dinanti - nantikan dalam mengupas setiap isu yang akan mendatang.

Perjuangan belum selesai.