Wednesday, April 9, 2008

Demonstrasi Industri Babi di Selangor

Akhbar Utusan Malaysia pada 10 April 2008 memaparkan tunjuk perasaan oleh penduduk Sepang terhadap cadangan kerajaan Selangor untuk meneruskan projek babi di Sepang. Kenyatan Dato' Rahman Palil menarik perhatian ramai apabila beliau menyatakan penternakan babi hendaklah dibuat di tempat orang yang makan babi. Beliau juga percaya orang yang makan babi pun tak mahu bela babi memikirkan pencemaran udara, air dan pemandangan yang tidak menyenangkan.

Kenyataan YB.Teresa Kok (DAP) pada 6 april 2008 juga menarik perhatian saya apabila beliau dilaporkan sebagai berkata: "Saya sering memberitahu ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat bahawa babi juga adalah ciptaan Tuhan" Beliau menambah "Selangor berhasrat untuk menjadi contoh terbaik kepada kerajan negeri lain dalam mengusahakan penternakan babi secara moden"

Kenyataan YB. Dr. Halimah Ali (PAS) Exco kerajaan Selangor merangkap Timb. Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Pas Pusat lebih menarik apabila beliau dilaporkan sebagai berkata "Kita tak de masalah, kita sokong." Masalahnya sentimen orang Melayu seolah-olah babi lebih besar dosanya daripada rasuah dan jenayah, pada hal kita tidak boleh makan sahaja, pegang boleh tapi kena samak"

Walaupun perbandingan antara babi dengan rasuah atau jenayah ada kewajarannya, namun ini mengambarkan kegagalan YB Dr.Halimah Ali membaca sensitiviti masyarakat Melayu dan Islam. Babi pada orang Melayu adalah kotor. Orang Melayu merasa kurang selesa melihat babi apatah lagi memegang atau menyentuhnya. Menjadikan babi suatu industri penting di Selangor di daerah yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang-orang Melayu menjustifikasikan bahawa sensitiviti masyarakat Melayu sebagai tidak penting.

Kenyataan Halimah Ali juga mengambarkan suatu keadaan terpaksa yang dihadapi oleh PAS apabila berkongsi kuasa dengan DAP. PKR setakat ini berupaya menyeimbangkan antara kedua parti tersebut atas satu faktor iaitu ketiga-tiga parti terbesar yang membentuk Pakatan Rakyat mempunyai satu halatuju iaitu untuk mengekalkan kuasa dan membuktikan pakatan mereka relevan untuk rakyat Malaysia. Alternatif ini menuntut PAS bertolak ansur dalam banyak perkara. Tolak ansur pertama dan yang agak sukar serta menimbulkan kemarahan juga di kalangan ahlinya ialah menyokong hasrat DAP untuk membangunkan industri babi di Selangor.

Persoalan kepada rakyat Sepang yang berdemonstrasi dan yang menjadi korban atas kepercayaan bahawa menukar kerajaan adalah suatu tindakan yang betul ialah kenapa industri ini yang sebelum ini merupakan industri kecil-kecilan kini menjadi industri utama dengan pelaburan RM100 juta? Bagaimana pula kesannya terhadap industri pelancongan di Morib yang mungkin tercemar kerana najis babi pastinya akan mengalir ke laut melalui saluran anak-anak sungai? Bagaimana pula nasib pengusaha seafood di Bagan Lalang yang berada dalam daerah Sepang apabila masyarakat mempunyai persepsi bahawa terdapat pencemaran makanan laut ekoran pengaliran najis babi? Terdapat ramai pengusaha seafood di Bagan Lalang.

Menariknya untuk kita lihat nanti bagaimana kerajaan Selangor akan menguruskan persepsi rakyat Selangor kerana saya percaya sedikit sebanyak telah timbul penyesalan di kalangan rakyat Selangor apabila mereka memilih untuk mencuba dengan kerajaan baru.

6 comments:

aiEN said...

betul tu..habis tu, tak kan lh setiap kali tersentuh babi, orang islam nak kena samak. tu bukan sahaja dah menyusahkan tapi dah menggambarkan kita sebagai org islam hari ini boleh menerima binatang ini ibarat binatang ternakan yg lain. dah hukum makan babi tu haram, yg pegang buat apa?
tu lh dia yg terjadi dgn kerajaan pembangkang. ini gara2 terpaksa berkongsi kuasa smpai sanggup merendahkah hukum agama sendiri!!

baihaqi said...

Sangat tepat... SELAMA Kerajaan BN di selangor penternakan babi dibuat sacara terbuka tanpa system/teknologi terkini yang mencemarkan alam sekitar tetapi SEKARANG Kerajaan PR meluluskan cadangan penternakan babi yang tertutup & systematic yang mengunakan teknologi terkini dimana sisi buangan akan diguna semula untuk menjana tenaga dan membuat manakanan babi2. Jadi tiada lagi pencemaran alam sekitar!!!!

Terima Kasih PR

dari berita tv3 11th April 2008

baihaqi said...

Kat Selangor, ni reason & justification for the project.
1. Dapat menggurangkan jumlah ladang-ladang ternakan yang sah atau tidak yang diusahakan selama ini di seluruh negeri-negeri dalam Malaysia. Secara tidak langsung negeri-negeri lain bebas dari urusan tadbir selia khinzir.
2. Dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Seperti kita semua sedia maklum bahawa pencemaran dari najis khinzir ini adalah amat berat dan kritikal ketika ini. Oleh itu dengan cara moden dan berpusat dapat mengurangkan pencemaran di negeri lain samada pencemaran air atau bau.
3. Pelaksanaan projek ini juga dapat mengurangkan wabak penyakit berkaitan dari hal khinzir seperti JE (Virus Nipah) kerana ianya hanya akan melibatkan satu sahaja kawasan kerana mengambi kira sistem berpusat yang dilaksanakan. Secara tidak langsung kawalan penyakit dari binatang ternakan berkenaan tidak merebak ke negeri-negeri lain. Hanya tertumpu pada satu kawasan sahaja.
4. Hasil penternakan ini hanyalah untuk keperluan penduduk bukan Islam di dalam Malaysia sahaja dan bukan untuk dieksport. Alasannya adalah mudah, kerana ia dapat dikawal jumlah ternakan mengikut permintaan tempatan.

baihaqi said...

fikir2kanlah~~...

apabila kita renung2kan secara ilmiah dan mengikut islam berikutan isu penternakan babi di sepang, tidak salah dan amat2 dialu2kan..

kita tenung sejenak dari sudut hukum ciptaan Tuhan yakni hukum2 berdasarkan Alquran dan sunnah..

Babi~haramnya dari sudut apa?

1.dari sudut MAKAN

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah ….” [Surah al-Baqarah : 173].

tidak haram mnyentuh babi apatah lagi berdosa~hanya perlu menyamaknye jika tersentuh..yang haramnya adalah dari aspek pemkanan-

Menurut Syiekh Atiyah Saqr rh. kenajisan babi adalah kenajisan ‘hukum’, iaitu haram memakannya. Ia tidak ada kena mengena dengan haram menyentuhnya atau wajib membencinya! Syeikh Atiyah Saqr berkata :-

ومن هنا قال النووي: ليس لنا ـ أي الشافعية ـ دليل على نجاسة الخنزير، بل مقتضى المذهب طهارته كالأسد والذئب والفأر،

“Maka berkata al-Nawawi : bukanlah dari kami - mana2 mazhab Syafie - suatu dalil mengenai kenajisan khinzir, bahkan doktrine mazhab kami ianya suci sebagaimana sucinya Singa, Musang dan Tikus..” (Fi Ahsanil Kalam 3/236)

Begitu juga dengan kenajisan anjing. Yang menjadi najis adalah mana-mana bijana yang pernah dijilat oleh anjing, hendaklah di samak dahulu sebelum digunakan. Sabda Nabi saw :-

طُهُورُ إِنَاءِ أحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الكَلْبُ أنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولاَهُنَّ بِالتُّرَابِ

“Penyucian bijana salah seorang dari kamu apabila anjing menjilatnya, dengan membasuh 7 kali, dan yang pertama dengan tanah” [Hadith Riwayat Muslim #279].

Ibn Taimiyah rh mengatakan bahawa menurut Imam Malik, anjing itu binatang suci. Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad pula mengatakan air liur anjing sahaja yang najis [Majmu' Fataawa, 21/530].

Kesimpulannya, Islam tidak membenci binatang seperti anjing dan babi hanya kerana kenajisannya. Kenajisan babi adalah kerana ia haram di makan, dan kenajisan anjing terletak pada air liurnya. Selain dari itu, binatang ini adalah seperti binatang yang lain.

-------------------------------

yang menjadi isu adalah kebodohan umat islam malaysia dalam yang telah 50 tahun dinaungi kerajaan BN
yang tidak mengerti akan hukum2 sebenar menurut islam .
Ini kerana kerajaan Bn tidak mendedahkan atau mementingkan soal2 hukum2 islam dalam pentadbiran.

~~~Kenyataan Halimah Ali juga mengambarkan suatu keadaan terpaksa yang dihadapi oleh PAS apabila berkongsi kuasa dengan DAP. PKR setakat ini berupaya menyeimbangkan antara kedua parti tersebut atas satu faktor iaitu ketiga-tiga parti terbesar yang membentuk Pakatan Rakyat mempunyai satu halatuju iaitu untuk mengekalkan kuasa dan membuktikan pakatan mereka relevan untuk rakyat Malaysia. Alternatif ini menuntut PAS bertolak ansur dalam banyak perkara. Tolak ansur pertama dan yang agak sukar serta menimbulkan kemarahan juga di kalangan ahlinya ialah menyokong hasrat DAP untuk membangunkan industri babi di Selangor.~~~

dr mohamad,

bukan kerana ingin membuktikan bahawa pakatan rakyat itu relevan yang membuatkan PAS Menyokong penternakan babi.
Ini kerana Dalam undang2 islam membenarkan penternakan babi untuk menjaga hak org non muslim kerana itu adalah hukumnya "HARUS" di negara majmuk seperti malaysia.


~~~Orang Melayu merasa jijik melihat babi apatah lagi memegang atau menyentuhnya. Menjadikan babi suatu industri penting di Selangor di daerah yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang-orang Melayu menjustifikasikan bahawa sensitiviti masyarakat Melayu sebagai tidak penting.~~~~

MELAYU menjadi terlalu sensitif terhadap isu BABi kerana MEREKA TIDAK FAHAM ISLAM SEBENAR(bukan islam hadhari-islam separuh jalan-)

ketidakfahaman yang kritikal ini menyusahkan lagi memudaratkan pembangunan MAlaysia sebagai sebuah negara yang diduduki rakyat MAJMUK!

~Melayu terlalu suka memainkan sentimen perkauman lagi2 BN~


---------------------------------

kita kembali kepada saat sebelum PRU~~

isu babi ini tidak diketengahkan walaopon ia telah diluluskan oleh kerajaan KHIRTOYO YANG TELAH TUMPAS

~~~lihat~~~

SHAH ALAM, 12 April - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Permodenan Pertanian, Sumber Alam Sekitar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Yaakob Sapari memberi amaran kepada mana-mana pihak yang memutarbelitkan isu projek pembinaan ladang babi, di Ladang Tumbuk, Hulu Langat.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak teragak-agak mendedahkan dokumen rasmi kerajaan negeri berhubung projek yang telah diluluskan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 9 Februari 2008.

"Kami tidak teragak-agak mendedahkan dokumen ini, yang telah diluluskan kerajaan negeri BN sehingga sampai ke peringkat pengambilan tanah, walaupun ia merupakan dokumen rasmi kerajaan dan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA)," tegas beliau ketika temu bual eksklusif bersama Harakahdaily, di pejabatnya, di SUK, semalam.

Beliau menegaskan, atas persetujuan Exco negeri dokumen tersebut boleh dihebahkan walaupun ia merupakan dokumen OSA.

"Kita boleh menjadikan dokumen itu bukan dokumen OSA," katanya sambil menunjukkan dokumen tersebut.

Mengulas lanjut kontroversi yang dimanipulasi media arus perdana berhubung isu itu, Yaakob berkata projek RM 100 juta itu tidak akan memberi kesan negatif kepada alam persekitaran.

Jelas beliau, najis babi dari ladang akan dikumpulkan dalam satu tong yang bercampur sisa rumput, yang kemudian menghasilkan bio-gas untuk menjana kuasa elektrik bagi keperluan ladang tersebut.

"Tidak akan ada pencemaran, baik pencemaran air atau udara. Tidak akan ada sisa buangan dari ladang ke luar kawasan ladang itu. 'No discharge, no smell," tegas beliau.

Menurut Yaakob, kaedah ini diamalkan di Jerman, di mana bekas Setiausaha Politik Dato' Seri Dr Khir Toyo pernah mengadakan lawatan di negara tersebut, bersama wakil penduduk Kampung Ladang Tumbuk, sebelum ini.

"Wakil penduduk kampung itu bersetuju dengan kaedah di Jerman. Beliau turut menerangkan kepada penduduk bahawa projek itu tidak akan memberi kesan kepada alam sekitar dan penduduk setempat," katanya.

Ekoran dari itu, Yaakob melahirkan kekesalan apabila wakil penduduk terbabit menafikan apa yang pernah dinyatakan sebelum itu selepas Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Selangor.

Ketika pelbagai pihak membangkitkan soal lokasi projek mega itu yang dikatakan turut membabitkan kampung Melayu, beliau menegaskan kawasan tersebut sememangnya merupakan pusat penternakan babi di negeri itu.

"Sebenarnya, babi sudah sedia ada di kawasan tersebut. Ia memang sudah menjadi pusat. Kami hanya mahu memodenkan pusat tersebut, di samping menjaga alam persekitaran dari dicemari," katanya.

Mengenai cadangan supaya projek ditempatkan di Pulau Ketam yang merupakan majoriti penduduknya adalah Cina, beliau mengatakan kawasan tersebut tidak praktikal kerana faktor geografi, terutama dari segi pasang surutnya air.

Menurut Yaakob, projek tersebut sudah berada di peringkat pengambilan tanah, di mana kerajaan negeri tidak mengeluarkan sebarang modal bagi tujuan itu.

Malah, katanya para pelabur dikenakan bon sebanyak RM40 juta kepada kerajaan negeri untuk membiayai kos pengambilan tanah penduduk seluas 119 ekar tersebut.

Justeru, beliau meminta mana-mana pihak yang tidak memahami isu ini secara jelas agar tidak memutarbelitkan fakta, yang boleh mengelirukan rakyat.

--------------------------------

FIKIR2kanlah~

aiEN said...

LIHAT KENYATAAN DIBAWAH..
"Kerajaan PR meluluskan cadangan penternakan babi yang tertutup & systematic yang mengunakan teknologi terkini dimana sisi buangan akan diguna semula untuk menjana tenaga dan membuat manakanan babi2"

Pada pandangan saya, teknologi terkini dan sistematik tu, it takes a lot of many. jangan di belakang hari, duit pembangunan rakyat di selangor terpaksa disalurkan kepada pembinaan teknologi yg igin dibuat semata2 utk "memelihara babi".

sisa buangan yg mcmna yg dimaksudkan utk menjana tenaga???
anda kena faham konsep kehidupan kuman, bakteria. saiz nya sekecil hama yg tidak boleh dilihat dgn mata kasar. secanggih mana pun teknologi, penyakit ttp akn tersebar.
tunggu dan lihat sajalh permainan mereka...

superbintoyon said...

ooo..kuar ayat alquran ek..pandai,hebat la sangat..tp cuba aku ty, fikirlah logik ek..kalau anwar ibrahim dalam kempen politiknya sebelum pilihanraya, instead janji harga minyak turun dia janji pasal ladang babi ni, semua kempen dia citer pasal ladang babi ni, rasa2nya la pkr menang x pilihanraya?
simply put:
hipokrit=MUNAFIQ