Sunday, April 13, 2008

Orang Melayu dan Hub Industri Babi di Selangor Darul Ehsan

Beberapa komen yang saya terima berkaitan dengan artikel saya bertajuk Demonstrasi Industri Babi di Selangor mengesahkan bahawa justifikasi akan tetap dicari bagi mengizinkan kerajan Selangor yang ditunjangi oleh PKR, DAP dan PAS untuk meneruskan projek tersebut. Ada juga justifikasi yang menggunakan nas-nas ayat Quran bagi menyatakan tindakan ini signifikan. Namun bagi mereka yang menentang projek ini pula akan terus memberi sebab kenapa projek ini perlu dibatalkan dengan memperluaskan skop perdebatan kepada isu-isu pencemaran persekitaran, sensitiviti masyarakat Melayu, kejatuhan nilai tanah dipersekitaran tapak projek yang kebanyakannya dimiliki oleh orang-orang Melayu, kesesuaian mengimpot babi dari menternak di dalam negara seperti yang dilakukan oleh Singapura, justifikasi bahawa Selangor Darul Ehsan adalah Tanah Melayu suatu ketika dulu, masalah penyakit dan lain-lain lagi. Sekiranya dibuat perbandingan, sudah pasti isu-isu kontra lebih besar dari yang menyokong projek penternakan babi ini. Namun kerajaan Selangor tetap berkeras meneruskan projek menjadikan Selangor sebagai hub industri babi.

Dalam melihat perdebatan pro dan kontra ini, kerajaan Selangor yang kini mula merasai 'manisnya' berkuasa, sedikit sebanyak berada dalam situasi sukar untuk memenangi hati rakyat terbanyak. Sebagaimana penyakit ini pernah menular kepada pemimpin UMNO (kini pembangkang di Selangor), tindakan meluluskan projek yang tidak menyentuh hati rakyat akan membawa bencana kepada kerajaan tersebut. Memang benar orang-orang Cina akan gembira dengan projek tersebut kerana babi adalah makanan mereka tetapi hati dan minda masyarakat Melayu telah mula melihat keenganan kerajaan Selangor mendapatkan pandangan rakyat mengambarkan sikap angkuh sebagaimana angkuhnya bekas pemimpin yang memberi penyapu kepada kakitangan kerajaan.

Saya percaya disebalik kegembiraan orang-orang Cina menyambut baik projek ini, sekiranya diberi pilihan untuk projek ini dipindahkan ke Kepong atau Petaling Jaya atau George Town atau Ipoh, saya yakin mereka lebih rela membayar dengan lebih banyak untuk menikmati makanan kegemaran mereka melalui babi impot dari terpaksa berdepan dengan risiko pencemaran udara, air, penyakit dan sebagainya. Pastinya mereka lebih tahu binatang ini daripada orang Melayu tetapi sebagaimana komen seorang pemimpin tempatan di Sepang, 'biasalah sejauhmana sangat orang-orang Melayu mampu membantah?.

Pemimpin-pemimpin PKR akan terus memberi bukti saintifik berkaitan kesesuaian projek ternakan babi ini, manakala orang-orang PAS sudah mengeluarkan nas-nas dan memetik petikan Quran untuk menghalalkan projek ternakan babi ini. Orang-orang DAP pula merayakan dengan babi pangang sebagaimana gambar babi pangang yang disiarkan dalam blog salah seorang wakil rakyatnya bagi meraikan saat kemenangan ini. Kita harap orang PAS tidak mengadakan kenduri kesyukuran atas terlaksananya projek penternakan babi dan serentak dengan itu bakal menjadikan Selangor hub industri babi antarabangsa.

Sebagaimana biasa, UMNO yang masih terumbang ambing dengan kecelaruan minda era tsunami politik menggunakan media perdana yang sudah tidak dipercayai rakyat untuk menyuarakan isu penternakan babi ini. Pandangan-pandangan berani dan berterus terang tentang isu semasa lebih-lebih lagi jika melibatkan pemimpin UMNO masih tidak jelas terangnya sehingga memaksa rakyat mencari berita dari sumber alternatif. Menariknya, kali ini giliran Gabungan PKR, DAP dan PAS pula bersilat apabila rakyat Sepang mula keluar ke jalan-jalan raya mengadakan demonstrasi membantah projek ini. Saya percaya lebih banyak rentak silat yang perlu dipelajari oleh kerajaan Selangor yang baru kerana mereka tidak dapat lari dari membuat keputusan sensitif dan tidak popular yang mengundang tentangan rakyat lebih-lebih lagi bila diapi-apikan oleh pembangkang baru di Selangor. Jika ini berlaku, kerajaan baru Selangor perlu redha dan menerimanya dengan hati yang terbuka kerana inilah teknologi yang diperturunkan oleh mereka kepada rakyat Malaysia.

3 comments:

overageflyer said...

tak kira di bawah payung mana pun sesorang berteduh, isu babi memang isu sensitive org melayu...siapa pun yg memulakan perancangan penternakan babi di selangor (Sepang), sememangnya mereka sudah kering idea sehingga melahirkan idea seteruk ini....kini semua saling menuding jari....adakah ini peninggalan terakhir kerajaan BN di Selangor sebelum bergelar pembangkang, atau ianya hadiah pertama Pakatan Rakyat yg kini kerajaan di selangor, khas buat pengundi yg juga rakyat selangor....

aiEN said...

itulah permainan yg cuba dimainkan oleh PR. PAS dan PKR pula dilihat sama2 menari dgn rentak tarian opera pihak DAP. dimana sebenarnya sensitiviti mereka sbg org MELAYU yg beraga ISLAM..? isu babi ini akan menjadi racun kpd rakyat diselangor tp mungkin penawar kpd PR slps dpt menawan beberapa buah negeri. nak sebut babi dimulut pun rasa loya, inikn nak menyokong usaha ternakan babi. atau mgkn pemerintah diselangor turut mendapat habuan dari perjuangan mereka ttg isu babi ini(tidak mustahil bukan..?) kpd PR,jgn terlalu mendongak langit yg cerah, kerana bmbg hujan di tengah hari. jgn nnti tak sampai sepenggal diselangor, anda dihalau oleh rakyat yg sblm ini telah memilih anda atas dasar tidak memahami perjuangan BN(UMNO) yg sbnr.
fikir2kan lah..

ikhlas,
aien
FPEND UKM THN 2

kawaii_desu said...

bagusnya mereka2 yg consume khinzir itu. sokong opposition pun mereka untung, sokong BN pun merteka untung...

orang melayu bila nak untung?

sejak naik jadi kerajaan negeri selangor ni, dahada projek besar untuk mereka... bila pulak nak buat projek membantu melayu yg mmg sgt2 perlu dibantu.

jgnla terlalu nak jaga pakatan sampai sanggup mengabaikan melayu...

dan utk kes khinzir ni... buatlah kat perkampungan mereka, kenapa dibuat kat tempat org melayu!kan sistem canggih dan moden?

sungguh tak faham... apa2 pun, Dr. Mad, salam ziarah :)